- Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
- Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan. Alat pengarangan adalah satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian kursus dengan cara mudah. Sistem pengarangan merupakan sebuah aturcara yang membenarkan seseorang menghasilkan bahan kurus PPBK secara langkah demi langkah. Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.
Jenis-jenis alat pengarangan
Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan.
Prosedur penyuntingan bahan Bahasa melayu
i. Mengumpul maklumat atau bahan dari internet
ii. Masukkan maklumat dalam alat pengarangan
iii. Memulakan semakan maklumat dan bahan dari internet
iv. Memadam maklumat yang tidak berkaitan.
v. Simpan data